Iklan

Iklan
» » » Masalah Payudara Lelaki Semakin Membesar

Payu Dara Lelaki Membesar Hingga Saiz B

London – Apakah perasaan seorang lelaki normal apabila mendapati sebuah payu daranya membesar hingga saiz B. Tentu memalukan.


Itu yang dialami Farshad Hashemzadeh, 28 tahun. Sebelah buah dadanya telah membesar ketika dia berusia 18 tahun. Keadaan itu menyebabkan dia berasa malu dan tertekan, namun malangnya apabila dia mendapatkan rawatan doktor di hospital kerajaan, pihak hospital pula tidak mahu menjalankan pembedahan bagi membuang payu dara tersebut.

Akibat tertekan kerana gagal menjalani pembedahan itu, Farshad pernah bertindak memotong sendiri payu dara tersebut kerana tidak tahan menanggung malu selain mengalami tekanan jiwa.

Namun dia terpaksa menghentikan perbuatannya disebabkan kesakitan yang amat sangat selain terkejut melihat darah yang banyak.


“Saya menemui doktor dan mula mengambil pil untuk membuang payu dara yang membesar ini. Saya berjaya menghilangkannya selama dua bulan, namun ia kembali membesar.

“Saya mula tertekan kerana tidak dapat menjalinkan hubungan dengan wanita dan untuk keluar rumah, saya terpaksa memakai pakaian yang tebal,’’ katanya yang bekerja sebagai penjual kereta.

Selepas berkenalan dengan Charlene Cullen, 30, Farshad mengambil masa selama sebulan untuk memberitahu wanita berkenaan mengenai keadaan dirinya.

Cullen bagaimanapun tidak kisah dengan keadaan itu dan memutuskan untuk membantu Farshad.

Dia kemudiannya menolong Farshad mengumpul wang sebanyak RM15,624 bagi membolehkan lelaki tersebut menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.

Kini selepas payu dara tersebut dibuang, Farshad akhirnya berasa gembira dan mula merasakan dirinya sebagai lelaki semula.

Keadaan yang dialami oleh Farshad itu jarang berlaku, dan hanya 400 lelaki disahkan menghidap gynaecomastia setiap tahun.

Ia berlaku disebabkan hormon yang tidak seimbang dan biasanya berlaku kepada lelaki berusia 50 tahun ke atas.

About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply