Payudara Ifa Raziah Bengkak Kena Jangkitan Virus
Payudara Ifa Raziah Diserang Virus. Ifa
Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga
membuatkan asetnya itu membengkak dan keras seperti batu.
Ketika
dihubungi, Ifa Raziah yang baru saja selesai menjalani pembedahan ultra
sound memberitahu, penderitaan penyakitnya itu sudah pun dilalui sejak
dia menyertai MLM.
“Sekarang
ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra sound. Ifa masih lagi
menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman doktor, terdapat
virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian
berkenaan keras seperti batu.
“Apa
sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah sangka terhadap apa yang
diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu membuat pembedahan
payudara untuk masukan silikon,” katanya.
“Doktor
telah memberitahu, sakit Ifa ini bukanlah kanser payudara. Kalau
kanser, pesakit tidak akan merasa sakit dan ianya akan terus membunuh
mangsa dalam diam. Pun begitu, Ifa tidak boleh menipu, dalam hati Ifa,
rasa takut terkena kanser itu ada bermain difikiran Ifa.
Ianya
kerana arwah ibu Ifa memang pernah sakit kanser payudara. Jadi, peluang
Ifa diserang kanser itu memang senang disebabkan keturunan yang
menderita sakit berkenaan. Ifa berharap, semua mendoakan yang terbaik
untuk Ifa. Semoga Ifa boleh teruskan perjuangan dalam MLM dan seterusnya
dalam bidang seni.
No comments: